Sukan SEA Hanoi: Jelson Jabilin-Hanis Nazirul rangkul pingat emas ke-6

Hilmi Malik
Mei 10, 2022 18:06 MYT
Malaysia berjaya meraih jumlah kerseluruhan kutipan mata sebanyak 345.93 bagi acara terjunan 10 meter platform seirama. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR : Skuad kontinjen negara terus mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul emas keenam bagi temasya Sukan SEA Hanoi.
Pencapaian emas itu hasil gandingan atlet terjun negara, Hanis Nazirul dan Jelson Jabilin menerusi acara terjunan 10 meter platform seirama dengan jumlah keseluruhan mata sebanyak 345.93.
Semalam, atlet terjun lelaki negara, Ooi Tze Liang turut menjadi individu yang menyumbang emas ketiga buat negara selepas tampil cemerlang bagi aksi 1 meter papan anjal individu.
Kesemua pencapaian tersebut sekali gus menyaksikan lagu Negaraku berkumdang pada temasya Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam pada Selasa.
Setakat ini, Malaysia merangkul enam pingat emas, dan dua lagi masing-masing pingat gangsa dan perak.
#Sukan SEA Hanoi #Hanis Nazirul #Jelson Jabilin #Malaysia
;