Sukan SEA Hanoi: Grace Wong raih emas, takluk semula baling tukul besi wanita

Astro Awani
Mei 14, 2022 16:12 MYT
Atlet tukul besi negara, Grace Wong mengharumkan nama negara apabila merampas pingat emas Sukan SEA Hanoi, sebentar tadi. - Foto/Stadium Astro
ATLET tukul besi negara, Grace Wong mengharumkan nama negara apabila merampas pingat emas Sukan SEA Hanoi, sebentar tadi.
Memetik Stadium Astro, meskipun jauh daripada rekod kebangsaan miliknya, 62.48 meter, catatan sejauh 57.30m hari ini sudah cukup untuknya mengesahkan semula status sebagai ratu acara itu di rantau ini yang dimenanginya dua edisi lalu di tanah air.
Atlet dari Sarawak berusia 22 tahun itu mengatasi dua pencabar terdekat dari Thailand yang juga merupakan juara bertahan, Mingkamon Koomphon dan Panwat Gimsrang.

Pagi-pagi Grace Wong buat balingan ke hati kita semua !!! Tahniah Grace Wong meraih pingat emas dalam acara Baling Tukul Besi. Kontinjen negara telah mengutip 12 pingat emas setakat ini.#seagames2021 #sukansea2021 #semarakjuara #sokongmalaysia pic.twitter.com/uDMjSBXEUx

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Grace Wong berasa seperti beraksi di Malaysia atas sokongan yang diberikan di Vietnam yang memberinya semangat menyumbang pingat emas dlm acara baling tukul besi. #seagames2021 #sukansea2021 #sokongmalaysia #semarakjuara pic.twitter.com/Cp5JwyorEB

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
#Sukan SEA #grace wong #Pingat emas Sukan SEA #Malaysia sukan SEA
;