Sukan SEA Hanoi: Ervin Chang tamatkan kemarau emas acara golf
Astro Awani
Mei 15, 2022 19:00 MYT
Mei 15, 2022 19:00 MYT
HANOI: Pemain golf negara, Ervin Chang menamatkan penantian 21 tahun Malaysia untuk pingat emas dalam sukan golf di Sukan SEA selepas menang dalam aksi sebentar tadi.
Ervin mengatasi pemain Indonesia, Amadeus Christian Susanto dalam aksi playoff tiga lubang.
Dia menjadi pemain Malaysia pertama memenangi emas selepas kuartet lelaki, Airil Rizman Zahari, S Sivachandhran, Shaaban Hussin dan Sahal Saedin meraih emas berpasukan lelaki di Sukan Sea Kuala Lumpur 2001.
Pingat gangsa dimenangi pemain Thailand, Weerawish Narkprachar.
Sementara itu, saingan kategori wanita menyaksikan pemain negara, Jeneath Wong meraih pingat gangsa.
Pingat emas milik peserta Thailand, Natthakritta Vongtaveelap dan perak milik peserta Singapura, Aloysa Mabuta Margiela Atienza.