Sukan SEA: Dataran Merdeka belum pasti jadi venue memanah
Astro Arena
April 26, 2017 21:35 MYT
April 26, 2017 21:35 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif MASOC, Datuk Seri Zolkples Embong, berpandangan Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) mampu untuk mengambil alih tugas sebagai venue acara memanah dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, 19 hingga 30 Ogos depan.
Hanya venue acara berkenaan belum dimuktamadkan lagi berikutan Dataran Merdeka yang disenaraikan sebagai gelanggang pertandingan, berkemungkinan tidak dapat digunakan kerana Sambutan Hari Kemerdekaaan.
"Ia belum diputuskan lagi, tetapi kami mempunyai cadangan alternatif sekiranya acara memanah tidak dapat diadakan di Dataran Merdeka.
"Kami sebenarnya sudah bersedia dengan kemungkinan ini, cuma ia perlu dimaklumkan kepada negara peserta yang lain.
"Perkara ini akan diketahui dalam masa terdekat."