Sukan SEA: Atlet negara saksi kejadian bunuh diri

Astro Arena
Jun 4, 2015 22:05 MYT
Nixon yang akan mengambil bahagian dalam acara 100 dan 4x100m itu menyaksikan kejadian di mana seorang lelaki jatuh hanya beberapa meter di depannya. - Foto Astro Arena
Kejadian seorang lelaki yang membunuh diri di hotel penginapan atlet menghantui pelari pecut negara, Nixon Kennedy.
Nixon yang akan mengambil bahagian dalam acara 100 dan 4x100m itu menyaksikan kejadian di mana seorang lelaki jatuh hanya beberapa meter di depannya ketika dia keluar untuk menjalani latihan.
Ketika ditemui semasa sesi latihan olahraga di trek pemanas badan Stadium Utama Kallang, Nixon akui masih terkejut dengan kejadian tersebut namun tetap fokus menjelang hari pertama acara itu, Sabtu ini.
"Mula-mula saya tengok saya rasa lutut bergegar. Saya rasa tak boleh terima semua itu.
"Mungkin nanti saya akan OK," jelasnya.
Ini merupakan kejadian kedua dalam tempoh lima hari kes bunuh diri berlaku di hotel penginapan atlet.
#Malaysia #Nixon #olahraga #Singapura #Sukan SEA 2015
;