Sukan SEA 2019: Penarikan diri pemain senior bukan halangan skuad tenis
Astro Arena
Mei 14, 2019 17:17 MYT
Mei 14, 2019 17:17 MYT
KETUA jurulatih skuad tenis negara, Suresh Menon, tetap positif bahawa pemain muda mampu mendukung misi Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) dalam Sukan SEA Filipina 2019, dari 30 November hingga 11 Disember depan.
Begitupun, dia Ketua jurulatih tenis negara, Suresh Menon masih hampa tonggak perseorangan, Ahmad Deedat Abdul Razak (gambar), menarik diri daripada skuad negara. - Foto Stadium Astro.
Malaysia hanya menghantar dua pemain remaja lelaki dan dua pemain remaja wanita bagi saingan Kejohanan Jemputan Pra-Sukan SEA 2019 di Singapura, 7 hingga 9 Mei lalu.
Walaupun masih muda, empat pemain remaja terbabit, Christian Didier Chin, Shamirul Shahril Mohd Adam Das, Sharifah Elsa dan Sharifah Elysia Wan Rahman tetap menunjukkan prestasi terbaik mereka dalam kejohanan itu, justeru perkembangan tersebut menerbitkan petanda positif buat LTAM untuk menyandarkan harapan dalam kempen di Filipina kelak.
"Saya tidak punya banyak pilihan pemain. Pemain yang ada ketika ini adalah terdiri daripada mereka yang komited untuk bersama pasukan ini.
"Saya bersikap terbuka terhadap pemain tetapi sebahagian besarnya mempunyai tuntutan tersendiri dan ada daripadanya kedengaran tidak relevan, namun pemain yang ada ketika ini sentiasa memberikan yang terbaik," kata Suresh.
Sebelum ini, skuad tenis meraih pingat gangsa bagi acara beregu wanita dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang dimenangi Jawairiah Noordin-S.Theiviya.
Pencapaian terbaik skuad tenis negara dalam temasya dwi-tahunan itu adalah ketika memungut pingat emas menerusi beregu wanita dalam Sukan SEA Singapura 1973.
#Ahmad Deedat Abdul Razak
#Filipina 2019
#LTAM
#Persatuan Lawn Tenis Malaysia
#Sukan SEA
#Suresh Menon
#tenis