Beberapa sukan yang digugurkan dalam senarai awal Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk dipertandingkan pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, berpeluang kembali disenaraikan.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata ia berikutan senarai yang diumumkan MOM itu belum muktamad, dan keputusan akhir hanya dibuat selepas mendengar rayuan daripada persatuan sukan dan negara-negara anggota pada Mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), Rabu ini.
"Kita akan mempertimbangkan rayuan daripada persatuan dan negara-negara anggota sebelum membuat keputusan akhir. Beberapa sukan yang digugurkan daripada senarai awal seperti bina badan, lawan pedang, triathlon dan judo masih berpeluang disenaraikan nanti," katanya di sini, hari ini.
Beliau yang ditemui pemberita di Putrajaya, bagaimanapun kesal dengan tindakan MOM mengumumkan senarai awal sukan dan acara bagi temasya sukan itu tanpa persetujuan beliau.
Khairy berkata beliau sebelum ini, meminta Presiden MOM Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar untuk menangguhkan pengumuman itu sehingga selepas Mesyuarat Majlis SEAGF.
"Saya minta satu atau dua hari untuk mempertimbangkan satu dua sukan yang diketepikan. Tetapi beliau tetap dengan pendiriannya untuk mengumumkan senarai itu pada minggu lepas," katanya.
Pada Rabu lepas, selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MOM, Tunku Imran mengumumkan sebanyak 34 jenis sukan membabitkan 342 acara untuk dipertandingkan pada Sukan SEA ke-29.
Sukan yang disenaraikan Jawatankuasa Teknikal MOM itu ialah olahraga, akuatik, memanah, badminton, bola keranjang, tinju, kriket, berbasikal, ekuestrian, bola sepak dan futsal, golf, gimnastik, hoki, hoki ais serta luncur ais.
Selain itu, karate, boling padang, bola jaring, pencak silat, petanque, ragbi tujuh sebelah, pelayaran, sepak takraw, menembak, snuker dan biliard, skuasy, ping pong, taekwondo, tenis, tenpin boling, bola tampar tertutup, ski air, angkat berat serta wushu.
Senarai akhir sukan dan acara yang akan dipertandingkan pada temasya sukan dwitahunan itu akan dimuktamadkan di Mesyuarat Majlis SEAGF kedua, pada 13 dan 14 Julai ini, iaitu setahun sebelum pembukaan rasmi Sukan SEA 2017.
Dalam pada itu, Khairy berkata pihaknya telah mempertimbangkan untuk menyenaraikan sukan tradisional dari Myanmar, iaitu Chinlone pada temasya sukan itu.
"Ini kerana, Chinlone menjadi sukan dipertandingkan oleh beberapa negara di Asia Tenggara. Bagi sukan (tradisional) lain, kita mungkin tidak akan mempertimbangkan kerana kita kekal dengan pendirian untuk hanya menyenaraikan sukan-sukan utama yang dipertandingkan di Sukan Asia dan Olimpik," katanya.
Sukan SEA ke-29 dijadual berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos, tahun depan.
Ia kali keenam Malaysia menganjurkan temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu selepas 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001.
Bernama
Mon Feb 22 2016
KHAIRY: Kita akan mempertimbangkan rayuan daripada persatuan dan negara-negara anggota sebelum membuat keputusan akhir.
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Tiada lagi keperluan mohon kebenaran Pesuruhjaya Sukan - Hannah Yeoh
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memansuhkan keperluan permohonan bagi mendapatkan kelulusan penganjuran sukan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berkuat kuasa hari ini.
KBS hasrat teruskan program 'skrin besar'
Ia bagi memberi akses tambahan kepada peminat tanah air menyaksikan acara sukan secara langsung.
Ratu Elizabeth II mangkat: Apa yang akan berlaku kepada acara sukan di UK?
Perlawanan bola sepak pada hujung minggu berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth hampir pasti akan dibatalkan.
Keputusan benarkan penyokong kembali ke stadium dijangka diketahui hari ini
Pengumuman yang dinanti-nantikan oleh penyokong sukan tanah air terutama penyokong bola sepak, dijangka dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya.
PCM mohon lebih banyak acara dipertandingkan sukan Para ASEAN di Hanoi
Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) mencadangkan agar 18 sukan dipertandingkan pada Sukan Para ASEAN (APG) ke-11.
Sebelum 'mati' lebih baik pindah! Ahli gusti bertopeng Mexico cari cara lain teruskan perjuangan
Kewujudan mereka selama ini dianggap suatu yang 'legendary', namun pandemik COVID-19 telah mengubah segalanya.
Mengapa kecoh dengan banyak acara Sukan Olimpik di Sukan SEA Vietnam?
MOM bimbang kontinjen negara boleh kehilangan 18 pingat emas di Sukan SEA Vietnam berbanding dengan Sukan SEA Manila tahun lepas.
COVID-19: Dua perlawanan Liga Europa berlangsung secara tertutup
Kedua-dua pertemuan pada awal pagi Jumaat ini merupakan perlawanan terbaru yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.
Kos penganjuran LTdL 2020 sekurang-kurangnya RM20 juta
Jumlah kos tersebut mungkin meningkat lebih daripada jumlah itu, ekoran faktor logistik bagi perlumbaan di Sabah dan Sarawak.
Jelajah Semenanjung: Tiada tekanan buat pelumba negara
Perlumbaan itu akan menjadi medan persediaan dan penilaian prestasi atlet sebelum Sukan SEA Filipina, November depan.