Sukan SEA 2017: Rakyat Malaysia mula mendaftar sebagai sukarelawan
Kohilah Sekaran
November 15, 2015 17:44 MYT
November 15, 2015 17:44 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjemput rakyat Malaysia mendaftar menjadi sukarelawan Sukan SEA ke-29 di negara ini pada 2017.
Perkara ini diumumkan Khairy selepas pelancaran logo serta Maskot di Esplanade, Suria KLCC, semalam.
Susulan itu, netizen terutamanya golongan belia tidak melepaskan peluang untuk mendaftarkan diri sebagai sukarelawan.
Perkara itu mula dikongsi oleh mereka di media sosial dengan angka pendaftaran masing-masing.
Khairy berkata, pihaknya menganggarkan kira-kira 100,000 permohonan akan diterima bagi menjadi sukarelawan.
Wau Bulan dipilih sebagai logo rasmi temasya Sukan SEA ke-29 - Kuala Lumpur 2017 manakala Harimau Malaya yang dinamakan sebagai Rimau, dipilih sebagai maskot temasya. Sukan SEA 2017.
Mereka yang berminat boleh memohon menerusi atas talian pada alamat rasmi laman sesawang temasya iaitu www.seagames2017.com.my