Sukan SEA 2015 melabuhkan tirai, jumpa di Malaysia dua tahun lagi

Shamil Hizamie
Jun 16, 2015 23:30 MYT
Kontinjen Malaysia mempamerkan aksi cemerlang pada Sukan SEA 2015 dengan menebus prestasi hampa pada tahun 2013.
Sukan SEA ke-29 yang diadakan di Singapura akhirnya melabuhkan tirai.
Thailand mendahului senarai kutipan pingat di tangga pertama dengan mengumpul, 95 pingat emas, 83 perak dan 69 gangsa.
Tuan rumah, Singapura terpaksa berpuas hati di tangga kedua dengan 84 emas, 73 perak dan 102 gangsa.
Vietnam selesa di tangga ketiga keseluruhan apabila membawa pulang 73 emas, 53 perak dan 60 gangsa.
Kontinjen Malaysia mempamerkan aksi cemerlang dengan menebus prestasi hampa semasa Sukan SEA diadakan di Naypyidaw, Myanmar pada tahun 2013.
Sebanyak 62 emas, 58 perak dan 66 gangsa diperoleh atlet negara berbanding 43 emas, 38 perak dan 77 gangsa, dua tahun dahulu.
Upacara penutup diadakan di Stadium Kebangsaan Singapura dan disiarkan secara rasmi ke seluruh Asia Tenggara.
Sukan SEA Singapura secara rasminya bermula pada 5 hingga 16 Jun walaupun beberapa acara sukan diadakan bermula 29 Mei lalu. Seramai 4,370 atlet dari 11 negara Asia Tenggara bertanding dalam 36 jenis sukan yang menampilkan 402 kategori keseluruhan.
Percikan bunga api serta persembahan muzikal mengiringi penyerahan rasmi menganjuran sukan yang diadakan setiap dua tahun ini kepada Malaysia.
Sukan SEA yang ke-29 dijadualkan akan berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 2017.
Sementara itu laman Twitter rasmi Sukan SEA memuat naik beberapa tweet mengenai Malaysia selaku pengenalan kepada bakal tuan rumah yang seterusnya.

The federation flag will be handed over to the host nation of the 29th SEA Games in 2017, Malaysia. pic.twitter.com/5a7J99JKKn

— 28th SEA Games (@seagames2015) June 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Performance by Malaysia, host of the 29th SEA Games: Part 1 - Birth pic.twitter.com/gEB0GHATpY

— 28th SEA Games (@seagames2015) June 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Performance by Malaysia, host of the 29th SEA Games: Part 2 - Rooted pic.twitter.com/9KWeL3yemq

— 28th SEA Games (@seagames2015) June 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Performance by Malaysia, host of the 29th SEA Games: Part 3 - United pic.twitter.com/jB2NebMBLn

— 28th SEA Games (@seagames2015) June 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Fireworks to conclude the 28th Sea Games. Wonderful closing ceremony. By Jaime Padilla #SEAGAMES2015 pic.twitter.com/3FHSE6QfN5

— 28th SEA Games (@seagames2015) June 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Malaysia #Singapura #sukan #Sukan SEA
;