Sukan SEA: 2 pelari intai pingat petang ini
Astro Arena
Jun 12, 2015 15:45 MYT
Jun 12, 2015 15:45 MYT
Dua pelari lelaki 400 meter negara menempah tempat ke final pada petang ini.
Mohaamad Arif Zulhelmi Alet mencatatkan masa 47.80 saat untuk muncul pelari kedua terpantas dalam sesi saringan pertama di belakang pemenang, Quach Cong Lich yang mencatatkan 47.68 saat.
Pelari Singapura, Ng Chin Hui pula di tempat ketiga.
Dinesh Krishnan turut layak meskipun sekadar menduduki tangga ke-5 saringan kedua, namun larian 48.22 saat yang juga merupakan rekod terpantasnya tahun ini membantunya layak ke final.