Sukan Paralimpik Paris: Seorang ahli delegasi Rwanda hilang
Bernama
Ogos 29, 2024 06:15 MYT
Ogos 29, 2024 06:15 MYT
LONDON: Siasatan dilancarkan ke atas kehilangan seorang ahli delegasi Rwanda di Sukan Paralimpik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Penganjur Paris 2024 sedang berhubung dengan Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan Rwanda selepas mengetahui kehilangan individu itu.
Pejabat pendakwa raya kini terlibat dalam kes itu.
Majlis perasmian berlangsung pada Rabu dengan pertandingan bermula pada Khamis.
Delegasi Rwanda terdiri daripada 14 orang adalah pasukan terbesar yang pernah dibawa ke Sukan Paralimpik dan termasuk pasukan bola tampar duduk.
-- BERNAMA