Sukan Paralimpik Musim Sejuk: Atlet Rusia berlepas pulang dari Beijing

Bernama
Mac 6, 2022 06:30 MYT
Presiden IPC Andrew Parsons (kanan) dan jurucakap Craig Spence menjawab soalan media berhubung Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, 3 Mac 2022. (Foto AP)
BEIJING: Atlet paralimpik Rusia, yang dijadual menyertai Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022, berlepas pulang ke Moscow pada Ahad.
Menurut agensi berita Rusia (TASS), seramai 71 atlet tersenarai untuk menyertai temasya sukan itu antaranya 33 atlet ski rentas desa dan biathlon, 17 hoki ais sledge dan 10 ski alpine.
Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) pada Rabu memaklumkan bahawa atlet Rusia dan Belarus dibenarkan menyertai temasya itu dengan 'status neutral'.
Bagaimanapun, pada Khamis IPC mengubah keputusan itu dan melarang atlet paralimpik Rusia dan Belarus mengambil bahagian.
Menurut Jawatankuasa Paralimpik Rusia (RPC) di bawah peraturan IPC, keputusan itu tidak boleh dicabar di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Beijing 2022 | Atlet Rusia berlepas pulang dari Beijing
-- BERNAMA
#atlet paralimpik Rusia #Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022 #pulang ke Moscow #Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
;