Sukan Paralimpik 2024: Pelari transgender gagal saingi atlet wanita

Astro Arena
September 7, 2024 18:30 MYT
Valentina Petrillo menamatkan perlumbaan separuh akhir di kedudukan ketiga dengan catatan masa 57.58 saat. - Gambar/ Reuters
WALAUPUN dilahirkan sebagai seorang lelaki, Valentina Petrillo, terpaksa akur apabila tidak berjaya menyaingi pelari wanita sebenar dalam acara 400 meter T12 Sukan Paralimpik Paris 2024 di Arena Porte de la Chapelle, awal pagi tadi.
Pelumba berusia 51 tahun mewakili Itali itu menamatkan perlumbaan separuh akhir di kedudukan ketiga dengan catatan masa 57.58 saat sekali gus gagal melayakkan diri ke pusingan akhir untuk merebut sebarang pingat.
"Saya berharap anak saya akan berbangga dengan saya." katanya selepas tamat larian. - Gempak
#Sukan Paralimpik 2024 #atlet transgender #Valentina Petrillo #Itali
;