Sukan Para ASEAN: MPM beri cadangan agar temasya tidak ditunda

Astro Arena
Jun 19, 2021 08:11 MYT
Subramaniam berkata, Malaysia mengharapkan negara jiran lain turut senada dengan pendirian berhubung status Sukan Para ASEAN di Vietnam yang dijadual berlangsung pada Disember. - Astro ARENA
MALAYSIA menjadi negara pertama yang menyuarakan kebimbangan status Sukan Para ASEAN di Vietnam yang dijadualkan berlangsung 17 hingga 23 Disember.
Ia susulan tuan rumah bercadang untuk menunda dua kejohanan sukan berikutan kebimbangan terhadap situasi COVID-19 yang masih belum reda.
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) tidak bersetuju seandainya ia ditunda selepas Sukan Para ASEAN Manila 2019 juga dibatalkan.
Delegasi Sukan Para ASEAN akan kembali bersidang dalam tempoh dua minggu lagi untuk membincangkan isu ini.
Malaysia mengharapkan negara jiran lain turut senada dengan pendirian mereka.
"Kami mempunyai lebih 100 atlet yang tertunggu-tunggu untuk mengambil bahagian.
"Kalau tidak, atlet akan putus asa, tiada aktiviti.
"Kami pernah mencadangkan supaya beberapa negara boleh menganjurkan sebahagian daripada acara.
"Sekurang-kurangnya atlet para negara dapat mengambil bahagian dan menunjukkan kehandalan mereka," kata Setiausaha Agung MPM, Datuk R Subramaniam.
#ASEAN #COVID-19 #Sukan Para ASEAN #MPM #Vietnam #kejohanan #tunda #sukan #Manila #Malaysia #atlet para #R Subramaniam
;