Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) secara rasmi membatalkan temasya Sukan Para ASEAN 2020 di Filipina pada Oktober berikutan pandemik COVID-19 dan akan memberi tumpuan kepada penganjuran edisi 2021 di Vietnam.
Keputusan itu dicapai selepas APSF mengadakan mesyuarat Lembaga Pengelola menerusi persidangan video pada Jumaat lepas dan dipengerusikan presiden Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan Filipina, Michael Barredo dan disertai semua 10 presiden Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan anggota ASEAN yang lain.
"Majlis Pengelola menyokong pembatalan itu selepas menerima surat rasmi yang mengesahkan mengenai perkara itu daripada Suruhanjaya Sukan Filipina (PSC) bertarikh 8 Jun, 2020," kata presiden APSF Mejar Jeneral Osoth Bhavilai dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, surat yang ditandatangani setiausaha Lembaga Suruhanjaya Sukan Filipina, IV Julia C Llanto, yang meluluskan secara rasmi pembatalan edisi ke-10 temasya sukan untuk atlet kelainan upaya rantau ini bagi melindungi dan menjaga keselamatan semua atlet dan jurulatih dari dalam dan luar negara, termasuk tenaga kerja, peserta dan tetamu, di samping membantu kerajaan Filipina membendung penyebaran COVID-19.
Bhavilai berkata, Lembaga berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Filipina dan jawatankuasa penganjur (PHILAPGOC) di atas segala usaha untuk menganjurkan temasya sukan berkenaan, termasuk penyediaan sekretariat, dana, venue, logistik, tenaga kerja dan lain-lain keperluan teknikal.
Beliau menegaskan bahawa fokus utama sekarang adalah untuk memastikan kelancaran Sukan Para ASEAN ke-11 di Hanoi, Vietnam pada Disember 2021 dengan melaksanakan persiapan dan koordinasi awal.
Vietnam akan menjadi tuan rumah Sukan Para ASEAN untuk kali kedua selepas menjadi tuan rumah edisi kedua temasya sukan berkenaan 18 tahun lepas pada 2003, dengan hanya lima acara dipertandingkan ketika itu.
Bhavilai, yang juga setiausaha agung Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan Thailand, berkata Lembaga Pengelola APSF akan mengadakan mesyuarat awal pada Disember ini untuk membincang dan menyelaras penganjuran edisi 2021 bersama Jawatankuasa Penganjur Sukan Para ASEAN Vietnam dan pemegang taruh yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 21 2020

Temasya Sukan Para ASEAN 2020 sepatitnya dilangsungkan di Filipina pada Oktober ini. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

APSF beri kebenaran bersyarat untuk Indonesia jadi tuan rumah Sukan Para ASEAN
Indonesia menawarkan 13 acara di pelbagai venue sekitar bandar Jawa Tengah di mana berlangsungnya edisi keenam sukan berkenaan pada 2011.

Status sukan Para ASEAN masih tergantung - MPM
MPM belum menerima sebarang surat daripada Pesuruhjaya Sukan Filipina (PSC) mengenai status penganjuran temasya sukan dwitahunan itu.

Penganjuran Sukan Para ASEAN peroleh tarikh baru
Status penganjuran Sukan Para ASEAN edisi ke-10 akhirnya terjawab selepas satu sidang mesyuarat melalui panggilan video dilaksanakan bersama presiden, Micheal Barredo.

MPM bantah penundaan Sukan Para ASEAN 2020
Megat Shahriman menegaskan Barredo membuat keputusan secara 'unilateral' tanpa merujuk perkara berkenaan kepada ahli majlis APSF, sekali gus bercanggah dengan prosedur ditetapkan APS.

Sukan Para ASEAN: Sasaran Malaysia tidak berubah
Bagaimanapun, Iqbal tidak menafikan kelewatan Sukan Para ASEAN akan memberi kesan negatif terhadap prestasi atlet negara.

Malaysia hantar kontinjen keempat terbesar Sukan Para ASEAN 2020
Thailand menghantar kontinjen terbesar dengan 317 atlet diikuti juara bertahan, Indonesia (306) manakala tuan rumah, Filipina menyenaraikan 274 atlet.

Catur dalam senarai akhir 16 sukan pada Sukan Para ASEAN 2017
Sukan Para ASEAN kesembilan akan menampilkan 16 sukan, dengan catur secara rasmi tersenarai pada temasya sukan dwitahunan itu yang akan berlangsung dari 17 hingga 23 Sept, tahun depan.