Sukan Olimpik Tokyo: Khairul Anuar mungkin terpaksa tolak jadi pembawa bendera
Astro Arena
Mei 7, 2021 07:13 MYT
Mei 7, 2021 07:13 MYT
PENGHORMATAN sekali seumur hidup atau bidikan emas dalam Sukan Olimpik menjadi dilema buat pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad, yang mungkin memaksanya untuk menolak pelawaan menjadi pembawa Jalur Gemilang di Tokyo, Julai depan.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Yeoh Pek Xian, bekas juara Asia itu menjelaskan mengenai dilema yang dihadapinya menjelang temasya sukan terbesar itu dan memberikan sebab mengapa dia mungkin terpaksa melepaskan penghormatan berkenaan.
"Jadual perlawanan masih belum dimuktamadkan tetapi pada 24 Julai, acara kami adalah berpasukan campuran, jadi ia masih belum dapat disahkan kerana daripada pasukan wanita kami, masih belum ada yang layak (ke Sukan Olimpik).
"Pengesahannya akan diketahui hujung bulan depan selepas Piala Dunia Paris, jadi jaraknya hanya tiga minggu sebelum Sukan Olimpik.
"Pihak MOM (Majlis Olimpik Malaysia) juga mahukan pasukan wanita untuk layak dan sekiranya ada rezeki untuk mereka layak, tiada rezeki untuk saya menjadi pembawa bendera kerana pada 24 Julai (sehari selepas upacara pembukaan), saya mempunyai acara di sebelah pagi," katanya.
#Khairul Anuar Mohamad
#Sukan Olimpik
#Dilema
#pemanah
#jadual perlawanan
#MOM
#sukan
#Majlis Olimpik Malaysia
#Piala Dunia Paris
#pembawa bendera
#pasukan wanita