Sukan Olimpik: Siapa boleh tewaskan Snoop Dog dalam 200m?

Astro Arena
Jun 26, 2024 05:00 MYT
Rapper berusia 52 tahun itu mencatatkan 34.44 saat. - Stadium Astro
PENYANYI rap Amerika Syarikat, Snoop Dog mencuri tumpuan apabila menyertai acara sokongan dalam Kejohanan Ujian Olimpik Amerika Syarikat untuk memilih pelari ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Rapper berusia 52 tahun itu mencatatkan 34.44 saat.
“52 tahun, 34 saat? Not bad,” kata pengulas.
Ia bukan soal catatan atau kedudukan tetapi komitmen dan usaha Snoop Dog untuk menyokong kontinjen Amerika Syarikat.
Sepatutnya, kita rakyat Malaysia juga mempunyai semangat sama.
Influencer atau artis Malaysia pula mungkin boleh mengambil contoh daripada penyanyi legenda ini untuk menyokong kontinjen negara.
I Wanna Thank Me!
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#penyanyi rap #Snoop Dog #Sukan Olimpik Paris 2024 #acara sokongan #Amerika Syarikat