Sukan Olimpik Paris 2024: Enggan mengaku kalah, Shah Firdaus mara ke separuh akhir keirin
Astro Awani
Ogos 11, 2024 17:41 MYT
Ogos 11, 2024 17:41 MYT
PARIS: Selepas hari yang cukup menyedihkan bagi atlet berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang, rakan sepasukannya Muhammad Shah Firdaus Sahrom enggan membiarkan harapan jutaan rakyat Malaysia terus terkubur.
Pelumba berusia 28 tahun berasal dari Muar, Johor itu berjaya mengukir kegembiraan apabila mara ke separuh akhir acara keirin lelaki di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines pada hari terakhir temasya.
Pemenang dua gangsa di Sukan Asia Hangzhou tahun lepas itu berjaya mendapat kedudukan ketiga, dengan 0.051 saat di belakang pendahulu dari Great Britain Jack Carlin, manakala Matthew Glaetzer dari Australia di tempat kedua.
Pusingan separuh akhir dijadual berlangsung pada pukul 6.30 petang waktu Malaysia.