Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-24 di Beijing ditutup

Astro Awani
Februari 21, 2022 11:25 MYT
Acara penutup berlangsung di Stadium Sarang Burung, Beijing. - Foto AP
BEIJING: Upacara Sukan Olimpik Musim Sejuk di China ditutup secara rasmi oleh Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach.
Acara penutup berlangsung di Stadium Sarang Burung, Beijing.
Nyalaan api Olimpik dipadamkan, menandakan tamatnya acara sukan itu yang diadakan secara 'lock-down', pertama kali dalam sejarah.
Dalam ucapannya, Bach memuji China malah berterima kasih kepada rakyat negara itu kerana menganjurkan temasya dengan selamat dan menghantar mesej keamanan daripada komuniti Olimpik.
"Dalam semangat perpaduan Olimpik ini, kami menyeru masyarakat antarabangsa berikan akses vaksin sama rata kepada semua orang di seluruh dunia. Semangat Olimpik dapat bersinar dengan begitu terang, kerana China berjaya menjayakan program dengan cara yang sangat baik - dan selamat.
"Sekarang saya perlu menandakan berakhirnya pengalaman Olimpik yang tidak dapat dilupakan ini." katanya.
Temasya kali ini merupakan acara tertutup dengan bilangan peserta dihadkan.
Peserta juga perlu mengambil ujian saringan harian, memakai pelitup muka dan mematuhi protokol ketat.
Apabila Sukan Olimpik Musim Sejuk berakhir, kini perhatian beralih pula kepada Paris untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2024.
#Sukan Olimpik Musim Sejuk #Stadium Sarang Burung #penutupan #Thomas Bach
;