MESIR merancang untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2036, kata Menteri Belia dan Sukan Ashraf Sobhy pada Sabtu.

"Presiden Abdel Fattah El-Sisi telah memberikan kebenarannya kepada Mesir untuk meletakkan dirinya sebagai tuan rumah untuk Sukan Olimpik 2036," kata Sobhi.

Jika berjaya dengan bidaannya, Mesir akan menjadi negara Afrika atau Arab pertama yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik.

“Mesir mempunyai infrastruktur sukan yang kukuh dan jika ia boleh menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, ia akan menjadi bersejarah,” kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Thomas Bach semasa sidang akhbar bersama dengan Sobhi.

Terdahulu awal bulan ini, seorang pegawai Mesir mengumumkan, Mesir, Greece dan Arab Saudi sedang berbincang untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2030.

Mesir mengajurkan Piala Negara-Negara Afrika 2019, serta Kejohanan Bola Baling Dunia tahun lalu semasa pandemik COVID-19.