Sukan Olimpik 2024: Tiga atlet wanita tidak diiktiraf kerajaan Taliban
Astro Awani
Julai 9, 2024 08:40 MYT
Julai 9, 2024 08:40 MYT
KERAJAAN Taliban Afghanistan tidak mengiktiraf tiga atlet wanita mereka yang bakal mewakili negara berkenaan di Sukan Olimpik Paris 2024, hujung bulan ini.
Jawatan Olimpik Antarabangsa (IOC) menjemput enam atlet Afghanistan iaitu tiga wanita dan tiga lelaki, untuk berunding bersama Jawatankuasa Olimpik Afghanistan yang kebanyakannya beroperasi dari luar negara.
Jurucakap Direktorat Sukan Kerajaan Taliban Atal Mashwani berkata, hanya tiga atlet mewakili Afghanistan ke Sukan Olimpik nanti.
Beliau merujuk tiga atlet itu sebagai kesemuanya lelaki.
Kesemua tiga atlet wanita dan dua lelaki menetap di luar Afghanistan.
Hanya seorang yang menjalani latihan di negara berkenaan iaitu atlet Judo manakala yang lain menyertai sukan olahraga dan renang.
Atlet wanita berkenaan dijadual bertanding dalam sukan olahraga dan berbasikal.
IOC menjelaskan bahawa mereka tidak menghubungi pegawai Taliban berkaitan pasukan Afghanistan dan Taliban tidak dijemput ke temasya itu.