Sukan layar: Shazrin teruja beraksi kali pertama di Olimpik Rio

Astro Arena
Julai 13, 2016 20:43 MYT
Nur Shazrin mengesahkan tempat ke Olimpik selepas meraih perak dalam acara laser radial dalam Kejohanan Pelayaran Asia di Abu Dhabi, Mac lalu.
KEJAYAAN muncul sebagai atlet pelayaran wanita pertama ke Sukan Olimpik, akan menjadi pembakar semangat buat Nur Shazrin Abdul Latif untuk beraksi di temasya itu di Rio, bulan depan.
Nur Shazrin mengakui teruja untuk penampilan pertamanya di Sukan Olimpik, namun dia tetap fokus dalam melakukan persiapan akhir sebelum ke Rio.
Nur Shazrin mengesahkan tempat ke Olimpik selepas meraih perak dalam acara laser radial dalam Kejohanan Pelayaran Asia di Abu Dhabi, Mac lalu.
"Persiapan kali ini berjalan dengan baik. Kami berlatih di Langkawi setakat ini dan 8 Julai ini kami mula berlatih (khusus) untuk ke Rio," katanya.
Atlet pelayaran berusia 17 tahun ini turut menjalani latihan di Langkawi sebagai antara persiapan ke Sukan Olimpik kerana laluan buat sukan pelayaran di Rio mirip dengan keadaan geografi di pulau itu.
"Keadaan perbezaan angin di sana lebih kurang Langkawi sebab bukit pun banyak. Di situ kami ada kelebihan sedikit. Tetapi, dengan arus lagi, tak tahulah, di sana pun cuaca tidak menentu," tambahnya.
#Atlet layar #Brazil #Nur Shazrin Abdul Latif #Olimpik Rio #sukan layar
;