Sukan Komanwel: Tumbangkan juara dunia, Tze Yong mara ke separuh akhir
Astro Arena
Ogos 6, 2022 00:05 MYT
Ogos 6, 2022 00:05 MYT
PEMAIN perseorangan negara, Ng Tze Yong, melakar kejutan apabila menyingkirkan juara dunia 2021, Loh Kean Yew, sekali gus melangkah ke separuh akhir Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.
Selepas meraih pingat emas dalam acara berpasukan campuran tempoh hari, Tze Yong terus menampilkan permainan yang mantap sehingga memperoleh jemputan ke Kejohanan Dunia yang bakal berlangsung 21 Ogos ini di Tokyo.
Pemain di ranking ke-42 itu bagaimanapun tewas di set pertama 21-15 sebelum bangkit menyamakan kedudukan apabila memenangi set kedua 21-14.
Segalanya serba menjadi buat Tze Yong apabila mudah menoktahkan kemenangan 21-11 sekaligus berjaya melangkah ke separuh akhir.
Turut melangkah ke separuh akhir adalah beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, yang mengetepikan tentangan Callum Hemming-Jessica Pugh dari England 22-20, 21-11.
Artikel asal di Stadium Astro.