Sukan Komanwel: Perenang negara gagal ke saingan akhir

Astro Arena
Julai 26, 2014 16:52 MYT
Kevin Yeap dan Lim Ching Hwang memberi jaminan akan menebus kehampaan itu dalam acara berganti-ganti.
Dua perenang negara Kevin Yeap dan Lim Ching Hwang gagal mara ke saingan final 200 meter gaya bebas, namun memberi jaminan akan menebus kehampaan itu dalam acara berganti-ganti.
Ching Hwang yang turun beraksi sebelum Kevin tetap positif dengan catatan masa 1 minit 51 perpuluhan 3-9 saat meskipun berkelebihan satu saat daripada catatan terbaik peribadinya.
Malah Ching Hwang tidak berselindung apabila mengakui saingan individu hanyalah pemanas badan terhadap acara tumpuan 200 meter gaya bebas berganti-ganti pada 27 Julai.
Sementara itu Kevin turut berasakan tidak ada apa yang perlu digusarkan selepas mencatat masa kedua terpantas peribadi dalam acara ini,1 minit 51 perpuluhan 4-2 saat.
Bagi Kevin dia, Ching Hwang serta dua lagi pelengkap kuartet 4x200 meter negara Vernon Lee dan Welson Sim tahu apa yang perlu dilakukan menjelang misi utama mereka.
Kuartet ini menamatkan hari mengecewakan mereka apabila turut gagal layak ke final 4x100 meter berganti-ganti.
#Kevin Yeap dan Lim Ching Hwang #renang #Sukan Komanwel
;