Sukan Komanwel: Ng Tze Yong pulang dengan pingat perak
Astro Awani
Ogos 8, 2022 19:55 MYT
Ogos 8, 2022 19:55 MYT
HASRAT perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong untuk membawa pulang satu lagi pingat emas tidak kesampaian apabila ditewaskan pemain dari India, Lakshya Sen dalam pusingan akhir acara badminton perseorangan lelaki Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Dewan NEC 5 sebentar tadi.
Langkah atlet berusia 22 tahun itu bermula dengan baik apabila memenangi set pertama 21-19, namun pada set kedua, Sen mempamerkan aksi yang kerap memerangkap Tze Yong untuk menang mudah 21-9, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.
Pada set ketiga, Tze Yong mengalami beberapa kecederan di tangan dan lutut sehingga pergerakannya terbatas lantas terpaksa akur membenarkan Sen memenangi pingat emas dengan kemenangan 21-16.
Tze Yong sebelum ini mencipta sensasi apabila layak ke final acara individu berkenaan dengan menumbangkan beberapa nama besar, antaranya juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew pada suku akhir dan jaguh India, Srikanth Kidambi dalam aksi separuh akhir.
Manakala, Sen melangkah ke final selepas menempuh perlawanan sukar menentang Teh Jia Heng dari Singapura 21-10, 18-21, 21-16.