Sukan Komanwel Birmingham: Tiga ke hospital termasuk juara Olimpik akibat rempuhan berbasikal trek

Astro Arena
Ogos 1, 2022 10:40 MYT
Kemalangan berlaku di trek basikal Lee Valley VeloPark apabila Matt Walls (kiri, atas) dan Derek Gee (kanan) terbabas merempuh kawasan tempat duduk penonton, London, 31 Julai 2022. (Foto AP)
JUARA Sukan Olimpik Tokyo, Matt Walls, mengadu berasa agak sakit selepas terbabit kemalangan ngeri di Sukan Komanwel Birmingham, awal pagi tadi.
Pelumba berbasikal trek berusia 24 tahun itu terbabas lalu merempuh penonton di pusat Lee Valley VeloPark di London.
Walls yang memenangi emas acara omnium di Tokyo tahun lalu memerlukan jahitan di dahinya tetapi mujur mengelak kecederaan teruk, demikian umum Berbasikal British.
Dia yang mewakili England dibawa ke hospital selepas insiden mengejutkan itu yang berlaku di jarak 15km kelayakan scratch.
Dia terlanggar pelumba lain ketika cuba mengelak daripada terbabit dalam rempuhan awal di selekoh itu lalu hilang kawalan dalam kelajuan tinggi.
Dua peserta lain, Derek Gee, dari Kanada dan pelumba Isle of Man, Matt Bostock, turut dibawa ke hospital sementara dua penonton juga memerlukan rawatan.
Walls menulis di Twitter lewat pada hari Ahad: "Terima kasih semua orang atas mesej dan sokongan! Entah bagaimana saya terlepas daripada ditimpa kecederaan serius, saya hanya memerlukan beberapa jahitan dan berasa agak sakit.
"Saya sangat berharap semua yang terlibat dalam keadaan OK termasuk penonton yang mungkin tercedera."

Update: Following medical treatment in hospital, Matt Walls has been discharged with stitches in his forehead, but thankfully no major injuries. Our best wishes go to all riders and spectators involved in the crash and thanks go to the medical teams for their expert care.

— British Cycling (@BritishCycling) July 31, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Sukan Komanwel Birmingham 2022 #rempuhan #Berbasikal Trek #basikal merempuh penonton
;