Sukan Komanwel: Aniq Kasdan raih emas pertama Malaysia dengan rekod baharu

Astro Arena
Julai 30, 2022 18:35 MYT
Aniq menghimpunkan angkatan seberat 249 kilogram untuk memenangi pingat emas pertama kontinjen negara. - Gambar/ Bernama
ANIQ Kasdan membutirkan kilauan pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila mengungguli acara angkat berat 55 kilogram di Dewan NEC sebentar tadi.
Aniq menamatkan saingan snatch dengan angkatan seberat 107 kilogram dalam percubaan pertamanya.
Dia kemudian memecahkan rekod Sukan Komanwel dalam saingan clean and jerk dengan angkatan 142 kilogram.

Emas pertama untuk negara! Mohamad Aniq Kasdan berjaya menyumbangkan emas pertama negara selepas berjaya mengangkat angkatan seberat 249kg secara keseluruhan. Ikuti berita terkini di https://t.co/Ia2kVam8YD #AWANInews pic.twitter.com/6BNcvgkNeJ

— Astro AWANI (@501Awani) July 30, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Secara keseluruhan, atlet berusia 19 tahun itu menghimpunkan angkatan seberat 249 kilogram untuk memenangi pingat emas pertama kontinjen negara.
Pingat perak menjadi milik wakil India, Sanket Mahadev Sargar, manakala Dilanka Isuru Kumara Yodage dari Sri Lanka memenangi gangsa. - Stadium Astro
#Sukan Komanwel #pingat emas pertama negara #Malaysia #angkat berat #Aniq Kasdan
;