Sukan Dunia: Nicol David mara ke final, sasar emas ketiga

Astro Awani
Ogos 5, 2013 08:08 MYT
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David selangkah untuk merangkul emas buat kali ketiga berturut-turut pada Sukan Dunia 2013 di Cali, Colombia.
Ia susulan kejayaannya menundukkan pemain Perancis, Camille Serme dalam aksi tiga set.
Menurut laporan Bernama, Nicol mudah mengalahkan Serme 11-5, 11-5 dan 11-8 pada perlawanan separuh akhir di Canasgordas Club.
Ia sekaligus mengesahkan kemaraannya ke final bagi bertemu Natalie Grinham dari Belanda.
Hasrat menyaksikan aksi akhir antara Nicol dan seorang lagi pemain negara Low Wee Wern tidak kesampaian.
Ini berikutan Wee Wern tewas kepada Natalie dengan keputusan 11-7, 2-11, 11-4 dan 11-4 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Nicol sebelum ini merangkul emas pada kejohanan empat tahun sekali ini di Duisburg, Jerman pada 2005 dan Kaohsiung, Taiwan pada 2009.
#Low Wee Wern #Nicol David #Sukan Dunia 2013
;