Sukan Asia: Perkampungan atlet bakal dipenuhi esok
Astro Arena
Ogos 9, 2018 21:31 MYT
Ogos 9, 2018 21:31 MYT
HANYA tinggal sehari lagi Perkampungan Atlet Sukan Asia 2018 akan beroperasi secara rasmi dengan kumpulan pertama atlet dan pegawai dijangka tiba di Indonesia, esok.
Nadi Arena membuat tinjauan persiapan terakhir perkampungan sukan atau lebih dikenali sebagai wisma atlet untuk Sukan Asia 2018, khususnya di Jakarta.
Pembinaan wisma itu bermula sejak 2015 di kawasan seluas 10 hektar di Kemayoran dengan mempunyai tujuh bangunan utama.
Sebuah bangunan, iaitu Menara 1, hanya akan menempatkan pegawai manakala selebihnya untuk atlet serta jurulatih.
Kemudahan asas utama yang disediakan termasuk internet jalur lebar dan perkhidmatan bas.
Bas yang membawa atlet ke venue pertandingan itu akan menggunakan laluan khas di bandaraya Jakarta.
Laluan khas tersebut mampu memendekkan masa perjalanan di mana laluan biasa dari perkampungan itu ke Kompleks Sukan Bung Karno mengambil masa kira-kira satu jam.