Sukan Asia: Mohd Fauzi sumbang emas ke-6 negara

Astro Awani
Ogos 31, 2018 16:47 MYT
Mohd. Fauzi Kaman Shah, 16, berjaya meyumbang satu lagi pingat emas buat negara di temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018. - Gambar fail
Atlet sukan layar negara, Mohd. Fauzi Kaman Shah, 16, berjaya meyumbang satu lagi pingat emas buat negara di temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 menerusi acara menerusi acara Laser Open 4.7 petang tadi.
Acara pelayaran yang berlangsung di Pusat Pelayaran Antarabangsa Indonesia, Ancol, turut menyaksikan satu pingat perak dan dua gangsa digondol skuad negara.
Khairulnizam Mohd. Afendy menyumbang pingat perak menerusi acara Laser Standard manakala Nur Fatin Solehah-Ilham Wahab menyumbang pingat gangsa menerusi acara Mixed RS One.
#Ancol #Atlet layar #Ilham Wahab #Laser Open #Laser Standard #Mohd Fauzi Kaman Shah #Nur Fatin Solehah #Pusat Pelayaran Antarabangsa Indonesia
;