Sukan Asia Hangzhou: Kedinginan sekat lemparan cakera terbaik Irfan Shamsuddin
Astro Arena
Oktober 3, 2023 08:00 MYT
Oktober 3, 2023 08:00 MYT
MEMASANG impian besar, bara api semangat atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin, dipadam angin sejuk Pusat Sukan Olimpik Hangzhou.
Dalam final Sukan Asia Hangzhou malam tadi, percubaan akhir Muhammad Irfan memastikan catatan terbaiknya 58.94m tetapi sekadar menempatkannya di kedudukan keenam.
"Saya harap dapat ulangan lemparan ketika Kejohanan Asia di Bangkok (59.63m).
"Peserta terpaksa menunggu lama di bilik menunggu yang sejuk.
"(Walaupun) itu bukan alasan, tapi selepas memanaskan badan itu, saya mula dalam rentak (kejohanan), tapi dengan kesejukan dan masalah yang dihadapi peserta negara lain.
"Ini satu pengalaman yang sangat manis dan saya rasa bangga dapat bertanding dengan juara lima kali Asia," katanya yang mempunyai rekod terbaik peribadi 62.55m.