Sukan Asia Hangzhou: Cabaran Sureeya berakhir di pusingan 16
Astro Arena
Oktober 6, 2023 12:52 MYT
Oktober 6, 2023 12:52 MYT
ATLET karate negara, H Sureeya Sankar gagal meneruskan kemaraan dalam saingan kumite 60 kilogram saingan Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi.
Perjalanan pemenang pingat emas acara kumite 60 kilogram Sukan SEA Phnom Penh berakhir di pusingan 16 terbaik.
Selepas tewas di tangan Kaisar Alpysbay dari Kazakhstan menerusi pungutan mata 5-3, Sureeya diberikan talian hayat menerusi pusingan repechage.
Bagaimanapun, berdepan Chau Ka Him yang mewakili Hong Kong, Sureeya berjaya menang menerusi senshu selepas terikat 5-5.
Beraksi dalam pusingan kedua repechage pula, yang menampilkan cabaran dari Thailand, di mana peluang Sureeya bagaikan gagal menemui rentak ketika bertarung dengan Siwakon Muekthong yang berjaya mendahului 4-1.
Sureeya cuba bangkit dan berjaya memungut empat lagi mata, hanya untuk Muekthong meraih tujuh mata secara keseluruhan pula sekaligus menoktahkan kemaraannya ke penentuan pingat gangsa.