Sukan Asia Hangzhou: 'Aksi suku akhir ibarat final'

Astro Arena
September 23, 2023 13:44 MYT
Misi cukup berat, namun skuad negara percaya tampil sebagai pasukan bukan pilihan tidak bermakna tiada harapan. - StadiumAstro.com
WALAUPUN dengan kelebihan mula beraksi di suku akhir selepas muncul juara di Kejohanan Road To Asian Games, skuad e-sukan League of Legends negara perlu memerah keringat dalam aksi penentuan kalah mati menentang pasukan nombor tiga dunia, Taiwan.
Misi cukup berat, namun skuad negara percaya tampil sebagai pasukan bukan pilihan tidak bermakna tiada harapan.
"Peluang itu ada namun kami berdepan lawan yang memiliki ranking yang cukup tinggi. Kami perlu bersedia menghadapi sebarang ancaman daripada pasukan lawan," kata atlet LoL negara, Lee Kaiwen.
Sementara itu, skuad negara yang ditemui di Pusat E-Sukan Hangzhou turut berjumpa dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang hadir memberi motivasi.
Hannah sempat berkongsi kepada kepada Nadi Arena mengenai keadaan atlet susulan pengumuman bahawa sasaran pingat kekal sama apabila selepas penarikan diri prospek pingat, Datuk Azizulhasni Awang daripada beraksi di Sukan Asia Hangzhou.
"Saya telah berjumpa dengan Shah Firdaus dan John Beasley dan mereka memberitahu sudah bersedia untuk menghadapi Sukan Asia," kata Hannah.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
#Sukan Asia #Hangzhou #e-sukan #atlet negara