Sukan Asia: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir

Sinar Harian
Oktober 5, 2023 23:55 MYT
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal mara ke separuh akhir acara badminton di Sukan Asia Hangzhou 2022. - Foto BERNAMA
BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal mara ke separuh akhir acara badminton di Sukan Asia Hangzhou 2022.
Ia selepas gandingan di ranking kelima dunia itu menewaskan wakil tuan rumah, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi di suku akhir.
Dalam aksi di Stadium Binjiang itu, Aaron Chia-Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk menundukkan lawan mereka dengan pertarungan tiga set 21-18,19-21 dan 21-18 dalam tempoh 80 minit.
Bagaimanapun, nasib berbeza dialami dalam acara perseorangan lelaki selepas wakil negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong gagal meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya.
Zii Jia ditundukkan oleh atlet India, Prannoy Haseena Sunil Kumar manakala Tze Yong terpaksa akur tewas kepada pemain nombor tiga dunia Kodai Naraoka dari Jepun 22-20, 21-15.
Dalam pada itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah turut terkandas selepas tumbang kepada beregu nombor dua dunia Baek Ha Na-Lee So Hee dari Korea Selatan dalam pertarungan tiga set 21-15,11-21,7-21.
Nasib sama juga dialami pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga gagal mara ke separuh akhir disekat wakil tuan rumah, Zheng Si Wei-Huang Ta Qiong.
Tang Jie-Ee Wei tewas dalam aksi straight set 14-21,21-23 kepada pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 itu.
- Sinar Harian
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik #beregu negara #badminton #Sukan Asia Hangzhou #Separuh Akhir
;