Penyertaan Matthew Davies atau Matt Davies dalam skuad Harimau Selatan disifatkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai satu pelaburan terbaik dan jangka masa panjang.
Menurut Tunku Ismail, selain masih muda, bekas kapten Pahang itu juga diyakini mampu menguatkan lagi skuad Benjamin Mora dalam mengharungi kempen Liga Malaysia, bermula hujung bulan ini.
"Kami berbesar hati apabila mendapat Matt Davies yang memiliki sikap profesional dan tahu apa yang diinginkan kelab ini. Pastinya kehadirannya akan memantapkan lagi pasukan terutama di benteng," kata Tunku Ismail seperti dilaporkan portal Berita Harian.
Kehadiran Davies dalam pasukan JDT, kata Tunku Ismail, tidak akan menjejaskan tempat pemain lain terutama posisi bek kanan kerana Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham mengalami kecederaan agak lama.
Dalam masa sama, Tunku Ismail berkata, S Kunanlan juga akan tetap bersama JDT.
Sementara itu, ditanya mengenai nilai perpindahan Matt Davies ke JDT, Tunku Ismail bagaimanapun, enggan mendedahkannya.
Sebaliknya, beliau memaklumkan segala urusan perpindahan itu antara beliau dan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.
"Ia antara dua pemilik kelab dan itu antara saya dan Tengku Muda Pahang," kata Tunku Ismail lagi.
Dalam pengumuman penyertaan Matt Davies ke JDT, Tunku Ismail turut mendedahkan, sudah tiga tahun beliau memerhati kelibat pemain berusia 25 tahun itu.
Ketika itu, Matt Davies masih bersama dengan skuad Tok Gajah dan Tunku Ismail berpendapat, pemain berkenaan telah menimba pengalaman yang cukup baik.
Tunku Ismail turut memberitahu, beliau juga sedang merancang untuk membawa beberapa lagi pemain baharu pada masa depan ke dalam JDT
"Itu perancangan kami musim depan dan kebanyakan pemain tempatan dan mungkin seorang pemain import dan nanti kita akan umumkan jika segala urusan dinoktahkan," kata beliau lagi.
Astro Awani
Mon Feb 17 2020

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyerahkan jersi skuad JDT kepada Matt Davies. - Gambar Instagaram MATT DAVIES
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

JDT sedia berdepan mana-mana pasukan di final Piala Malaysia - Bidoglio
JDT telah mengesahkan tempat ke final dan dalam misi menjulang Piala Malaysia kelima mereka

KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Arif Aiman mahu beri aksi terbaik dalam setiap perlawanan JDT
Arif Aiman tekad pamer aksi terbaik dalam setiap perlawanan skuad Harimau Selatan sama ada bagi saingan tempatan atau di peringkat Asia.

JDT umum seorang lagi pemain import baharu
Skuad Harimau Selatan hari ini mengumumkan seorang lagi pemain baharu dari Perancis, Enzo Lombardo selepas Park Jun Heong diumumkan sebagai pemain baharu kelab itu semalam.

Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.

JDT elak boros, sedia lepaskan pemain
JDT sedia melepaskan beberapa pemain dan staf teknikal sebagai salah satu penstrukturan semula kelab tersebut.

Jangan cemburu atau benci, tetapi kagumi kehebatan JDT - TMJ
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan tiada mana-mana kelab di negara ini yang mampu meniru apa yang telah dilakukan oleh Harimau Selatan.

ACL: Permulaan hambar hukum JDT di Ulsan
JDT mengalami kekalahan kedua selepas kecundang 1-3 di tangan pasukan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai pada aksi ketiga Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) hari ini.

Nafsu JDT sukar disekat
Sudah tentu dengan prestasi yang luar biasa yang dijelmakan oleh anak didik Esteban Solari masa ini pasti mampu menggekalkan kejuaraan Liga Super berturut-turut untuk satu dekad.

JDT kukuhkan nilai komersial bola sepak Malaysia
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa pasukan Harimau Selatan itu antara faktor utama nilai komersial industri bola sepak di Malaysia meningkat.