Subahan 'U-turn'

Bazly Azmi
Oktober 30, 2019 09:12 MYT
Ada yang gembira kerana sejak menduduki kerusi panas itu pada 13 Mei 2015, Subahan (gambar) dilihat melaksanakan tugasnya dengan baik. - Foto Astro ARENA
TINDAKAN Datuk Seri Subahan Kamal mempertahankan jawatan presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mengundang pelbagai reaksi.
Ada yang gembira kerana sejak menduduki kerusi panas itu pada 13 Mei 2015, Subahan melaksanakan tugasnya dengan baik membabitkan kerjasama ahli gabungan, melangsaikan hutang dan pencapaian skuad lelaki serta wanita kebangsaan.
Tidak kurang juga ada yang berpandangan sinis.
"Beliau tidak sepatutnya mengumumkan untuk letak jawatan jika Malaysia gagal layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Ia meletakkan Subahan dan Shamala (timbalan presiden) dalam keadaan tertekan, situasi yang tidak perlu berlaku.
"Apapun, ini keputusan mereka dan KHM sebuah badan yang demokrasi," kata seorang bekas pemain kebangsaan.
BACA: Subahan Kamal, S. Shamala sahkan akan bertanding pertahan jawatan MHC
Ini bermakna, tumpuan akan terarah kepada calon pencabar, Datuk Kamaruddin Meranun, untuk menyatakan pendirian.
Adakah Pengerusi Eksekutif Air Asia Berhad itu akan menerima pencalonan Persatuan Hoki Negeri Johor untuk mencabar Subahan?
Malah, saya tidak menolak akan berlaku perebutan tiga penjuru kerana dikhabarkan seorang presiden ahli gabungan yang masih lagi hijau sedang berusaha memancing undi.
Tarikh tutup pencalonan ialah Sabtu ini dan Mesyuarat Agung Tahunan KHM akan berlangsung 16 November depan.
Gelanggang sudah dibuka, yang berhajat sila tampil ke depan.
#bekas pemain #cabar #calon #demokrasi #hoki #Kamaruddin Meranun #KHM #letak jawatan #Malaysia #Mesyuarat Agung Tahunan #Subahan Kamal #Sukan Olimpik #Tokyo
;