Suarez terkejut dengan pengumuman Luis Enrique

Astro Arena
Mac 3, 2017 13:45 MYT
Luis Enrique tidak akan menyambung tugas sebaik kontraknya berakhir pada Jun. - Reuters
LUIS SUAREZ berkata dia berasa terkejut apabila ketua jurulatih, Luis Enrique, mengumumkan keputusan melepaskan jawatannya hujung musim ini.
Selepas melakar kemenangan besar 6-1 ke atas Sporting Gijon kelmarin, Luis Enrique mendedahkan dia tidak akan menyambung tugas sebaik kontraknya berakhir pada Jun.
Pemenang lapan kejuaraan bersama Barca, bekas pemain tengah berusia 46 tahun itu -- yang menggantikan Gerardo Martino pada 2014 -- menjelaskan tidak cukup rehat menjadi punca dia mahu mengundurkan diri daripada jawatannya sambil Barcelona sedang berjuang dalam saingan LaLiga, Liga Juara-Juara dan Piala Raja Sepanyol.
Walaupun pengumuman tersebut mengejutkan, Suarez menyokong keputusan Luis Enrique meninggalkan Camp Nou.
"Dia mengejutkan kami, kami tidak menjangka keputusan itu tetapi kami perlu menghormatinya," Suarez memberitahu Onda Cero 'El Transistor.'
"Alasan keletihan itu adalah munasabah memandangkan tugas seorang jurulatih bukan mudah. Ia memakan masa berjam-jam. Dia seorang ayah dan dia perlu meluangkan masa bersama anak-anak."
#Barca #berita bola sepak #Luis Enrique #Luis Suarez
;