Suar dibakar sebaik jaringan gol pertama Malaysia
Hasimi Muhamad
November 19, 2019 21:35 MYT
November 19, 2019 21:35 MYT
Provokasi tercetus di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil apabila penyokong Indonesia dipercayai menyalakan dan membaling suar ke arah penonton.
Situasi berlaku beberapa minit selepas pasukan Harimau Malaya berjaya menjaringkan gol pertama pada perlawanan menentang skuad Garuda, di sini malam ini.
Gol dijaringkan Safawi Rashid pada minit ke-30, menyaksikan Malaysia mendahului dengan 1-0.
Bagaimanapun, keadaan terkawal apabila kelihatan anggota keselamatan bergegas ke kawasan tersebut sebelum bertindak memadamkan api.
Sementara itu, tindakan tersebut menerima reaksi kurang senang daripada menyokong Malaysia.
Sebelum itu, kelihatan objek turut dibaling ke arah penyokong Harimau Malaya.
#baling suar
#Garuda
#gol pertama
#harimau Malaya
#Indonesia
#Malaysia
#Malaysia vs Indonesia
#provokasi