KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam sah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bermula 1 Sept ini.
Beliau akan menggantikan Datuk Ab Ghani Hassan yang telah dipilih sebagai Presiden MFL pada minggu lepas, mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Hamidin Mohd Amin yang menyerahkan surat peletakan jawatan pada 12 Ogos.
Ab Ghani berkata keputusan sebulat suara itu yang dibuat pada Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah MFL hari ini, dilihat sebagai satu keputusan simbiosis yang bermanfaat kepada industri, khususnya kepada pengurusan bola sepak tempatan.
Beliau optimis keputusan memilih Stuart yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang pengurusan dan pentadbiran bersama organisasi tempatan dan antarabangsa termasuk Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), dapat memantapkan MFL selaku badan pentadbir Liga Malaysia (Liga-M).
"Pengalaman antara kriteria penting, saya yakin bahawa kehadiran Stuart sudah pasti bakal memberikan anjakan paradigma kepada senario bola sepak tempatan. Saya ingin mengalu-alukan kedatangannya dan saya percaya beliau mampu membawa budaya korporat yang akan menjadi perubahan positif kepada MFL," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sementara itu, Stuart menerusi kenyataan berasingan merakamkan terima kasih kepada Ab Ghani dan Ahli Lembaga Pengarah MFL atas kepercayaan untuk melantiknya memikul tanggungjawab tersebut.
"Ia pasti akan memberikan saya satu cabaran baharu untuk menyumbang kepada bola sepak Malaysia, dan saya berhasrat untuk melakukan yang terbaik dalam misi mencapai hasil yang diharapkan. Pengumuman hari ini mencetuskan emosi yang bercampur baur.
"Saya gembira dan berpuas hati dengan tugasan yang telah saya laksanakan di FAM. Pastinya saya berasa sedih meninggalkan organisasi yang saya sangat berbesar hati dapat berkhidmat selama ini dan amat berbangga dapat bekerja di bawah teraju Presiden Hamidin...saya mempelajari banyak perkara sepanjang 37 bulan terakhir ini," katanya.
Stuart, 44, yang dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada 16 Julai 2018, memulakan karier pengurusan bola sepaknya pada 2008 selepas dilantik oleh FIFA sebagai 'Professionalisation Consultant'.
Beliau bertanggungjawab memberikan sokongan berterusan dan konsultasi kepada ahli-ahli gabungan FIFA dalam mewujudkan liga-liga baharu, mengemas kini pentadbiran persatuan negara serta menjadi perancang bagi program pendidikan pentadbiran FIFA (Futuro III).
Empat tahun kemudian, Stuart dilantik menjadi CEO Liga Super Malaysia (MSL) dan diberikan kepercayaan untuk merencanakan struktur FAM dan juga aspek-aspek komersial badan induk persatuan itu.
Pada 2012, beliau menyertai AFC dengan memegang pelbagai jawatan pengarah termasuk Pengarah Kejohanan Kelab-Kelab AFC (termasuk Liga Juara-juara AFC, Piala AFC dan kejohanan-kejohanan Futsal AFC), Pengarah Pemasaran dan juga Pengarah Tanggungjawab Sosial.
Stuart kemudiannya menjadi konsultan kepada Dentsu Sports dan IMG, dua agensi sukan terbesar di dunia pada 2014.
Di Dentsu Sports, beliau juga pernah memegang jawatan Naib Presiden selama empat tahun hingga 2018 dan mengetuai operasi agensi tersebut di Asia termasuk penajaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, pengurusan Sukan Asia 2018 di Indonesia dan perencanaan strategi Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Bekas penolong setiausaha agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar, 61, dikhabarkan menjadi pilihan utama untuk menggantikan Stuart di FAM.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 23 2021
Stuart Ramalingam dilantik sebagai CEO baharu MFL bermula 1 Sept ini. - Gambar fail
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
15 penaja warnai saingan Liga-M - Stuart
12 daripada penaja telah dimuktamad setakat ini, sementara tiga lagi akan dimeterai menjadikan jumlah penajaan lebih besar berbanding musim sebelumnya.
RM3.53 juta dibelanjakan untuk RTG tahun lepas - Stuart
Sejumlah RM3.53 juta telah dibelanjakan untuk enam sukan bagi pelaksanaan Program Road To Gold (RTG) sepanjang tahun lepas.
Sesi temu duga kelab Liga M3 minggu depan
Pihak FIB juga telah menerima dokumen tambahan diperlukan daripada pasukan terlibat pada Jumaat sebelum sesi tersebut berlangsung.
Saingan Liga-M ikut kalendar AFC bermula tahun depan
MFL kini masih dalam perbincangan bersama kelab bola sepak tanah air untuk memulakan perubahan itu bermula tahun depan.
'Bakar suar nampak hebat dari sudut gambar... tapi...'
Stuart Ramalingam berkata perkara itu tetap melibatkan aspek tatatertib di bawah bidang kuasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Sistem VAR: MFL setuju tetapi mahu mutu pengadil ditingkatkan
Pelaksanaan sistem VAR bukan sahaja memenuhi tuntutan bola sepak semasa, malah permintaan pemain dan pasukan serta keinginan penyokong.
MFL kekalkan harga tiket final Piala FA 2022
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam berkata, senarai harga tiket perlawanan berkenaan dikekalkan seperti aksi final tahun lepas.
Piala Presiden, Belia dibatal buat tahun kedua
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa pandemik, hal-hal pengoperasian serta keselamatan.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.