STL: Guardians sah bergelar naib juara

Astro Arena
Disember 29, 2020 06:42 MYT
Guardians menampilkan aksi lebih kemas dalam set kedua untuk menamatkan saingan dengan kemenangan 21-16 ke atas Tigris. - Foto Astro ARENA
ATM Guardians sah bergelar naib juara Liga Sepak Takraw (STL) apabila menewaskan pencabar terdekat, Johor Tigris, 2-0 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.
Seperti diduga, perlawanan di antara pasukan di tangga kedua dan ketiga liga itu berlangsung sengit apabila Guardians, yang dibarisi Hairul Hazizi Haidzir (tekong), Afifuddin Razali (perejam) dan Norfaizzul Razak (pengumpan), tidak berdepan laluan mudah untuk memenangi set pertama.
Tigris, yang menurunkan Faisal Fuad (tekong), Noraizat Nordin (perejam) dan Muqlis Borhan (pengumpan), mengheret perlawanan ke 'tie-breaker' sebelum akur tewas 22-24 dalam set berkenaan.
Guardians, bagaimanapun, menampilkan aksi lebih kemas dalam set kedua untuk menamatkan saingan dengan kemenangan 21-16 ke atas Tigris, sekali gus memenangi gelaran naib juara musim ini berbaki dua perlawanan.
Sumber Facebook sepaktakrawleague
Keputusan lain:
PDRM Defenders 0 Negeri Sembilan Antlers 2
Kelantan Warriors 2 Pahang Mammoth 0
Selangor Pistons 2 Perak Bison 0
#ATM Guardians #STL #sepak takraw #Liga Sepak Takraw #Johor Tigris
;