Steinbruckner sudah sedia galas beg pulang ke Croatia?
Astro Arena
Disember 12, 2023 08:50 MYT
Disember 12, 2023 08:50 MYT
STATUS pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner, masih belum diputuskan oleh pihak atasan sama ada beliau akan terus kekal di Terengganu atau sebaliknya.
Beberapa isu menjadi perhatian Steinbruckner dan perkara itu melambatkan lagi keputusan untuk dibuat.
Lewat dalam pembayaran gaji antara perkara utama yang perlu diselesaikan segera sekiranya mahu Steinbruckner kekal kemudi skuad finalis Piala Malaysia 2023 itu.
"Saya harap isu ini dapat diselesaikan dalam minggu ini juga untuk saya buat keputusan tentang masa depan saya bersama Terengganu," katanya menerusi Nadi Arena.
Dalam masa yang sama, Steinbruckner tidak menafikan beliau mempunyai pilihan lain.
Masih di saingan Liga Malaysia mahupun kembali ke Croatia, perkara ini perlu melewati pertimbangan wajar sebelum kata putus diambil.
"Saya masih pertimbangkan hubungan baik saya dengan TFC, jadi saya akan tunggu kata putus pihak atasan sebelum saya buat keputusan wajar."