JOHOR BAHRU: Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terus menggegar gelombang tempatan dan serantau.
Kini gelanggang tuan rumah - Stadium Sultan Ibrahim bernilai RM200 juta di Iskandar Puteri telah mendapat pengiktirafan global selepas menewaskan 19 stadium lain di seluruh dunia sebagai 'Stadium Of The Year 2020' dalam undian awam yang dikendalikan laman web StadiumDB.com berpangkalan di Poland.
Pencapaian itu dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers semalam.
Setiap individu berhak membuat satu undi, memilih lima venue teratas (berdasarkan 5, 4, 3, 2 dan 1 mata) dan berdasarkan hantaran itu, Stadium Sultan Ibrahim yang canggih tersebut mendapat 64,260 mata meninggalkan jauh pesaingnya, Stadium Allegiant di Las Vegas (23,390 mata) dan Stadium Ahmad Bin Ali di Qatar (22,341 mata).
Menurut laman web StadiumDB.com, daripada 21,821 undian untuk Stadium Sultan Ibrahim, lebih separuh sokongan dari Asia Tenggara khususnya Malaysia termasuk negara jiran.
"Di situlah Stadium Sultan Ibrahim membuat gelombang terbesar tahun lalu, menjadi stadium bola sepak terbaik, stadium pertama dibina tanpa trek larian di Malaysia dan sebuah kelab yang semakin menonjol di peringkat antarabangsa," menurut laman web itu.
Pada 22 Feb tahun lepas, JDT secara rasmi berpindah ke 'gelanggang baharu' mereka di Stadium Sultan Ibrahim.
Terletak di kawasan seluas 11.3 hektar, yang juga menempatkan ibu pejabat JDT, Stadium Sultan Ibrahim satu-satunya stadium bola sepak di negara ini yang menggunakan rumput asli Zeon Zoysia, mempunyai sistem pengairan yang mampu mengelak daripada air bertakung di atas padang.
Mampu menampung lebih 35,000 penonton, stadium itu juga dilengkapi dengan lampu sorot LED yang moden serta lampu bangunan pelbagai ritma dan warna.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 11 2021

Stadium Sultan Ibrahim mampu menampung lebih 35,000 penonton, juga dilengkapi dengan lampu sorot LED yang moden serta lampu bangunan pelbagai ritma dan warna. - Facebook Johor Southern Tigers
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

ACLE: Theerathon Bunmathan tersisih, Arif Aiman 'selamat'
Pemain kebangsaan Thailand, Theerathon Bunmathan, terlepas peluang untuk beraksi bersama Buriram United dalam perlawanan timbal balik kedua pusingan 16 menentang JDT malam ini.

ACLE: JDT anggap aksi menentang Buriram United seperti perlawanan akhir
Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menganggap pertemuan menentang kelab Thailand Buriram United pada aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Elite (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim di sini seperti p

Harga tiket final Piala Malaysia 2024-2025 kekal - MFL
Empat kategori tiket aksi kemuncak Piala Malaysia itu akan diagihkan secara sama rata masing-masing kepada JDT dan Sri Pahang FC.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

Seteru utama Selangor dalam ACL2, Jeonbuk mahu tandatangani Arif Aiman
Gergasi terkemuka Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai, dilaporkan memantau perkembangan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Super musim lalu, Arif Aiman Hanapi.

Dakap 13 piala bersama, JDT hilang khidmat graduan Real Madrid juga pembantu Hector Bidoglio
Jurulatih kelahiran Argentina itu turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor atas peluang yang diberikan.

Malaysia, Thailand 10 negara kelab terbaik Asia, Indonesia nombor 25
Kecemerlangan JDT melayakkan diri ke pusingan 16 ACLE memacu Malaysia dalam ranking Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada tahap terpuji.

'Terima kasih TMJ, JDT untuk tujuh tahun'
Haziq Nadzli tidak lagi memegang status sebagai pemain pinjaman Harimau Selatan susulan dibenarkan beraksi berdepan JDT, Isnin lalu.

Liga Super: "Tahniah JDT, mereka memimpin bola sepak Malaysia" - Jurulatih Selangor
Kinoshi harap JDT teruskan memimpin bola sepak Malaysia dan pamerkan penguasaan Malaysia di seluruh dunia.

Hafizh Syahrin menang Anugerah Pelumba Antarabangsa Terbaik MAM 2024
Pelumba JDT Racing Team Hafizh Syahrin dinobatkan sebagai Pelumba Antarabangsa Terbaik manakala Qabil Irfan Azlan menerima anugerah Pelumba Muda Terbaik.