Stadium kosong tidak membantu Malaysia

Astro Arena
Oktober 6, 2015 10:00 MYT
ONG: Kehilangan sokongan penyokong ketika perlawanan mampu memberi peluang kepada mana-mana pihak lawan untuk mengambil kesempatan.
Sususlan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijatuhkan hukuman denda, pemangku ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee juga meratapi hukuman aksi tanpa kehadiran penyokong dalam perlawanan seterusnya dalam saingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.
Menurut Ong, kehilangan sokongan penyokong ketika perlawanan mampu memberi peluang kepada mana-mana pihak lawan untuk mengambil kesempatan.
Menurut Ong, beliau berharap agar semua yang terlibat dengan bola sepak negara termasuk penyokong Harimau Malaya mengambil hukuman ke atas kekecohan menentang Saudi Arabia sebagai satu pengajaran supaya tidak berlaku lagi pada masa depan.
Keputusan semalam yang menjatuhkan denda sebanyak 40,000 Swiss francs (RM180,000) juga diikuti keputusan 0-3 berpihak Saudi Arabia dan amat berbeza dengan keputusan 2-1 sebelum perlawanan terpaksa dibatalkan.
Ong turut menyifatkan bahawa keputusan 2-1 patut diambil kira dan berharap FAM akan buat rayuan mengenai keputusan tersebut jika ia mampu diubahkan semula.
Biarpun Malaysia diaibkan 10-0 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE), kekecohan pada 8 September turut menyaksikan skuad kebangsaan mempamerkan aksi yang lebih bersemangat sehingga kapten Safiq Rahim membuka tirai jaringan perlawanan.
Skuad Malaysia akan berentap di Stadium Thai Army, Bangkok menentang Laos dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada 8 Oktober ini, kemudian, meneruskan aksi Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia lawan Timor Leste pada 13 Oktober.
#FAM #harimau Malaya #Ong Kim Swee #Piala Asia #Piala Dunia #Saudi Arabia
;