Spurs pinjam duit Bank England

Astro Arena
Jun 5, 2020 14:18 MYT
LEVY: Sepanjang 20 tahun saya di kelab, terdapat banyak rintangan di sepanjang jalan tetapi tidak ada yang sebesar ini. - REUERS/Gambar fail
TOTTENHAM telah meminjam GBP175 juta daripada Bank of England untuk membantu meringankan impak kewangan kelab ekoran penularan wabak koronavirus.
Spurs menganggarkan mereka akan kerugian GBP200 juta dalam tempoh sehingga Jun 2021 kerana stadium baru mereka tidak dapat mengadakan perlawanan dengan kehadiran peminat.
Selain permainan mereka sendiri yang terkesan, acara sukan dan kebudayaan lain yang akan diadakan venue tersebut telah dibatalkan.
Antara acara yang dibatalkan di Stadium Tottenham Hotspur adalah dua perlawanan NFL, pertandingan tinju kelas berat dunia Anthony Joshua menentang Kubrat Pulev dan konsert Lady Gaga.
Spurs juga mendapat rebat kepada pihak penyiar untuk membayar setelah tiga bulan tanpa aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pembiayaan GBP175 juta telah dipinjam melalui Kemudahan Pembiayaan Korporat COVID, yang layak diterima oleh Tottenham.
Ia dibayar dengan kadar faedah 0.5 peratus.
Pengurus pasukan, Jose Mourinho sebelumnya mengatakan Tottenham 'tidak akan menghabiskan banyak wang' untuk perpindahan pemain, dan dana tersebut tidak akan digunakan untuk menandatangani pemain baru, sebaliknya memberikan fleksibiliti kewangan.
"Kami selalu menjalankan kelab ini secara komersial," kata pengerusi Tottenham, Daniel Levy.
"Saya mengatakan pada 18 Mac lalu bahawa, sepanjang 20 tahun saya di kelab, terdapat banyak rintangan di sepanjang jalan tetapi tidak ada yang sebesar ini -- pandemik COVID-19 merupakan kesukaran yang terbesar pernah dihadapi.
"Sangat penting bahawa kita semua sekarang untuk bekerjasama -- saintis, teknologi, pemerintah dan sektor siaran langsung -- untuk mencari cara yang memastikan langkah yang paling selamat untuk membawa penonton kembali ke tempat sukan dan hiburan.
"Secara kolektif, kita semua memiliki kemampuan memperkembangkan teknologi baru bagi memastikan semua individu dapat mengalami suasana acara secara langsung."
#Bank of England #COVID-19 #Daniel Levy #duit #England #EPL #impak kewangan #Jose Mourinho #kerugian #koronavirus #Liga Perdana Inggeris #pinjam #rebat #Tottenham Hotspur FC
;