Spurs bangkit benam Reading
Astro Awani
Januari 2, 2013 17:29 MYT
Januari 2, 2013 17:29 MYT
Tottenham Hotspurs bangkit dari ketinggalan untuk membenam Reading 3-1 di White Hart Lane.
Kemenangan melonjak kedudukan Spurs ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris
Beraksi di laman sendiri, Spurs menerima kejutan apabila terlebih dahulu ketinggalan.
Minit ke-4, Pavel Pogrebnyak menanduk masuk bola susulan sepakan percuma rakan sepasukannya yang terkena palang.
Pendahuluan yang dimiliki pelawat itu bagaimanapun tidak bertahan lama.
Lima minit kemudian, ketua pasukan Spurs, Michael Dawson bertindak cemerlang menyamakan kedudukan.
Terikat satu sama pada babak pertama, kedua-dua pasukan meningkatkan tempo permainan pada babak berikutnya.
Namun, kehebatan skuad bimbingan Andre Villas Boas lebih terserlah apabila berjaya menggandakan kelebihan.
Ia sekali lagi hadir menerusi tandukan kali ini hasil jaringan Emmanuel Adebayor pada minit ke-51.
Melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah, pemain gantian Clint Dempsey apabila percubaannya pada minit ke-79 terbias pertahanan lawan sebelum bola menerjah jaring.
Perlawanan tamat dengan keputusan Spurs 3, Reading 1.