SPRM tidak beku akaun bank Chong Wei - Azam Baki

Bernama
Julai 30, 2018 19:56 MYT
Chong Wei baru-baru ini mengesahkan tidak beraksi pada kedua-dua acara berkenaan selepas mengalami masalah pernafasan yang menyaksikan beliau terpaksa berehat selama sebulan. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bahawa akaun peribadi milik jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dibekukan kerana dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

“Ia tidak benar sama sekali,” katanya ringkas.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menafikan dakwaan yang sama berhubung perkara berkenaan.
Syed Saddiq berkata penarikan diri Chong Wei daripada Kejohanan Dunia dan Sukan Asia tidak ada kaitan dengan isu 1MDB.
Chong Wei baru-baru ini mengesahkan tidak beraksi pada kedua-dua acara berkenaan selepas mengalami masalah pernafasan yang menyaksikan beliau terpaksa berehat selama sebulan.
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #Azam Baki #badminton #Lee Chong Wei #SPRM #Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
;