Spekulasi perpindahan: Selangor sasar bintang Piala Asia Uzbekistan?
Astro Arena
Februari 1, 2024 14:48 MYT
Februari 1, 2024 14:48 MYT
SELANGOR kini dikhabarkan sedang memburu khidmat bintang Piala Asia Uzbekistan bagi memperkuatkan benteng pertahanan pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon, dalam satu wawancara bersama wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman.
Menurut sumber Stadium Astro, pemain yang dimaksudkan itu ialah pertahanan kental berusia 31 tahun, Umar Eshmurodov, yang kini sedang mewakili kelab negaranya, FC Nasaf.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro