Spekulasi perpindahan Neymar ke PSG semakin jadi kenyataan

Astro Arena
Ogos 3, 2017 11:01 MYT
Neymar sebelum itu telah diberi pelepasan untuk tidak menghadiri sesi latihan bersama rakan sepasukan yang lain selepas pemain itu meluahkan hasrat untuk berpindah. - Gambar fail
SPEKULASI bahawa sensasi Brazil, Neymar akan keluar daripada kelab Sepanyol Barcelona makin menjadi kenyataan selepas kelab itu mengesahkan bahawa pemain itu telah meluahkan keinginan untuk berhijrah ke kelab gergasi Perancis, PSG.
Neymar sebelum itu telah diberi pelepasan untuk tidak menghadiri sesi latihan bersama rakan sepasukan yang lain selepas pemain itu meluahkan hasrat untuk berpindah.
MESTI BACA: Neymar malu tegur Messi
Susulan itu juga selepas beberapa jam pemain berusia 25 tahun itu membuat pengakuan, Barcelona melalui jurucakapnya, Josep vVves mengesahkan kenyataan yang dilakukan pemain itu.
Ditemani bapanya, Neymar diberitahu Barcelona bahawa kelab yang mahukannya harus membayar klausa perpindahan bernilai 222 juta euro yang perlu didepositkan ke akaun kelab itu.
Pada masa yang sama, ejen Neymar, Wagner Ribeiro mengesahkan kelab Perancis, Paris Saint Germain (PSG) sanggup membayar jumlah klausa yang ditetapkan oleh Barcelona.
Dijangka perpindahan ini akan dimuktamadkan pada minggu ini dan bakal menjadi perpindahan paling mahal dalam sejarah selepas pembelian Paul Pogba oleh Manchester United pada musim lalu.
#barcelona #Brazil #Manchester United #Neymar #Paris #PSG #sepanyol
;