Speedy Tigers mampu cipta sejarah, muncul juara hoki Piala Sultan Azlan Shah

Abd Razak Mohd Ali
November 9, 2022 17:21 MYT
Terdahulu anak-anak buah Arul Selvaraj mempamerkan aksi berbisa membenamkan Jepun 4-2 dalam perlawanan terakhir liga sepusingan di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah.- Fail/BERNAMA
IPOH: Skuad hoki lelaki negara mampu mencipta sejarah untuk pertama kali muncul juara Piala Sultan Azlan Shah 2022 dalam perlawanan akhir, esok.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, keyakinan itu berdasarkan prestasi menakjubkan yang ditunjukkan oleh anak-anak buah A. Arul Selvaraj.

Menurutnya, walaupun persembahan skuad Speedy Tigers pada awal-awal saingan agak goyah, namun mereka terus bangkit sehingga mampu layak ke perlawanan akhir.
“Kita biasa melangkah ke final tetapi masih belum pernah memenangi kejohanan tersebut.
“Jadi saya ini adalah peluang terbaik kita untuk kita merangkul kejuaraan,” katanya di sini, hari ini.
Terdahulu anak-anak buah Arul Selvaraj mempamerkan aksi berbisa membenamkan Jepun 4-2 dalam perlawanan terakhir liga sepusingan di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di sini.

Mereka hanya memerlukan keputusan seri untuk melangkah ke final tetapi sebaliknya mempamerkan penguasaan penuh dalam saingan.

Keputusan tersebut membolehkan skuad Speedy Tigers mengumpul 10 mata menerusi tiga kemenangan, satu seri dan satu kalah untuk menduduki tempat kedua di belakang Korea Selatan menumpaskan Afrika Selatan 2-1.
#hoki #Piala Sultan Azlan Shah #Speedy Tigers #mara ke final
;