Soon Huat-Shevon Lai mara, Peng Soon-Liu Ying kandas
Sinar Harian
November 2, 2021 05:46 MYT
November 2, 2021 05:46 MYT
DUA beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mengalami nasib berbeza pada saingan Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman malam tadi.
Soon Huat-Shevon Lai yang berkedudukan ranking ke-13 dunia meneruskan kemaraan apabila menewaskan pasangan Belanda, Ruben Jille-Cheryl Seinen straight set 21-14, 21-15.
Sementara itu, beregu pilihan keempat kejohanan Peng Soon-Liu Ying yang juga berstatus ranking kelapan dunia pula dikejutkan dengan kekalahan kepada pasangan dari Denmark, Mikkel Mikkelsen-Rikke Soby, 20-22, 21-15, 16-21.
Dalam acara perseorangan lelaki, pemain profesional negara, Liew Daren terpaksa akur kehebatan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu apabila tewas 21-17, 22-20.
Artikel asal di Sinar Harian